UMI Zero 2 – Sebuah Lagi Peranti Dengan Kemasan Kulit Asli

UMI Zero 2 – Sebuah Lagi Peranti Dengan Kemasan Kulit Asli

Diterbitkan pada Ogos 15, 2015 oleh .

Samsung Galaxy Note 3 menggunakan panel belakang yang kelihatan seperti kulit beberapa tahun yang lalu. Tetapi ia hanyalah kulit palsu yang diperbuat daripada bahan plastik. LG G4 kemudiannya menggunakan bahan kulit sebenar pada panel belakang peranti yang  mengambil masa 12 minggu untuk dihasilkan. Peranti mewah seperti Vertu turut memberikan kemasan kulit eksotik seperti ular dan buaya kepada pengguna mereka.

UMI ZERO 2 Leather Kulit

Kini wujud sebuah lagi peranti dengan kemasan kulit iaitu UMI Zero 2. Peranti dari China ini turut memberikan pilihan kemasan kulit pada panel belakang peranti buatan mereka. Rekaan adalah seakan LG G4 dengan jahitan pada bahagian tengah panel. Tidak banyak diketahui tentang peranti ini buat masa ini. Sebelum ini UMI  konsep rekaan UMI Zero 2 diperlihatkan mempunyai panel e-ink pada bahagian belakang. Tidak diketahui sama ada dengan adanya versi kulit ini versi e-inik tidak lagi akan dihasilkan. Tarikh pelancaran juga tidak diberikan.


TIPS & ULASAN