Lenovo Akan Menawarkan Moto 360 Secara Percuma Untuk Pembeli Terawal Lenovo Vibe Shot

Lenovo Akan Menawarkan Moto 360 Secara Percuma Untuk Pembeli Terawal Lenovo Vibe Shot

Diterbitkan pada Ogos 15, 2015 oleh .

Lenovo Malaysia akan mula menjual telefon pintar memfokuskan fotografi daripada mereka, iaitu Lenovo Vibe Shot pada minggu hadapan – 18 Ogos. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, tetapi kini mereka telah mengemaskini halaman web utama, dan memperlihatkan promosi yang akan ditawarkan.

Lenovo Vibe Shot Malaysia

Daripada promosi yang diperlihatkan oleh Lenovo Mobile Malaysia, mereka akan menawarkan jam tangan pintar Moto 360 secara percuma untuk 100 pembeli terawal Vibe Shot melalui jualan atas-talian, selain turut menawarkan Lenovo Selfie Flash secara percuma.

Jualan akan dimulakan pada 18 Ogos 2015 ini bermula 10 pagi – tetapi harga masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Bagi yang tidak ketahui akan Lenovo Vibe Shot, ia merupakan salah satu telefon pintar dengan fokus terhadap kamera. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 615, memori 3GB RAM, dan sokongan dwi-SIM. Menjadi fokus adalah kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal dan juga inframerah – serta beberapa mod rakaman yang khusus. Telefon ini turut menyertakan kamera hadapan 8-megapixel bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN