Cari @ Amanz

Google Bakal Mengumumkan Nama Akhir Android M Tidak Lama Lagi – Apakah Tekaan Anda?

Oleh Aman

Link Copied!

Untuk setiap versi Android, Google sering hadir dengan sebuah patung untuk didirikan dihadapan bangunan mereka, selain menamakannya bersempena dengan makanan yang manis. Seperti biasa, dengan pengumuman Android M tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan apakah nama akhir untuknya kelak.

Android M

Melalui video ringkas yang diterbitkan, ia memperlihatkan beberapa pilihan nama, termasuk Milkshake, Marshmallow, Muffin, Marzipan dan sebagainya.

Seperti biasa, ramai yang hadir dengan pelbagai tekaan menarik – dan Milkshake seperti salah satu pilihan yang popular. Bagi anda, apakah nama akhir yang bakal digunakan pada Android M ini?


Komen ()