Carian
Adakah Huawei Nexus Akan Kelihatan Seperti Ini?
August 16, 2015 Aman

Ia telah menjadi salah satu kebiasaan untuk render-digital sesebuah peranti hadir berdasarkan kepada beberapa info awal dan juga rekaan yang tertiris. Terkini, gambaran awal untuk Huawei Nexus hadir berdasarkan kepada info dan juga render yang tertiris sebelumnya.

Berdasarkan apa yang digambarkan, peranti Huawei Nexus ini akan menggunakan rekaan logam, dan kedudukan kamera lebih kurang seperti beberapa peranti Huawei lain dipasaran – termasuk Huawei P8 yang baru diperkenalkan.

Huawei Nexus

Huawei Nexus

Huawei Nexus

Disamping itu, pengimbas cap jari turut diposisikan pada bahagian belakang. Huawei dikatakan akan hadir dengan skrin sekitar 5.7-inci untuk peranti Nexus ini, sekaligus menjadikan mereka antara pengeluar terawal dari China yang menghasilkan telefon pintar Nexus ini.

Gambaran ini hadir berdasarkan kepada render-digital, maka pewarnaan peranti adalah hanya gambaran sahaja, dan tidak semestinya merupakan perkara sebenar. Tetapi rekaan akhir untuk peranti yang bakal diperkenalkan adalah tidak jauh beza daripada apa yang digambarkan.

Jika Huawei Nexus diperkenalkan dengan rekaan seperti ini, adakah anda akan mendapatkannya?

Komen