Cari @ Amanz

Di ruangan komen Amanz sering kelihatan perbalahan di antara penggemar peranti Apple dan penggemar peranti lain. Peperangan pendapat ini kerap kali membuatkan kami ketawa kerana jatuh kedalam kategori kurang matang dan majoritinya nyata adalah trolling. Berita hari ini pastinya akan mendatangkan reaksi yang sama di ruangan komen. Menurut laporan akhbar Il Mattino di Itali, seorang remaja 16 tahun mencuri sekeping jubin bersejarah dari kota Pompeii semata-mata untuk membeli sebuah iPhone.

Pompeii-Iphone

Beliau dilihat memasukkan sebuah jubin kedalam beg sandang oleh pelancong lain yang melawat kota yang musnah akibat ledakan Gunung Berapi Versuvius  pada 79 masehi. Pelancong ini kemudian memberitahu pihak polis dan pencuri ditangkap sebelum berjaya melarikan diri. Nilai sekeping jubin dari Pompeii  boleh mencecah $400 di pasaran gelap. Remaja ini pasti terlalu terdesak untuk memiliki peranti pintar terhangat di pasaran. Sesungguhnya kegilaan peminat iPhone memang kerap kali dilaporkan.Di China terdapat dua kes individu yang sanggup menjual ginjal dan dara untuk sebuah iPhone.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd