i-Sajadah – Sejadah Yang Mengingatkan Jumlah Rakaat Yang Telah Dilakukan

i-Sajadah – Sejadah Yang Mengingatkan Jumlah Rakaat Yang Telah Dilakukan

Diterbitkan pada Ogos 16, 2015 oleh .

Sembahyang itu tiang agama dan tanpa tiang kesemua struktur agama seseorang individu akan runtuh. Setiap muslim diwajibkan solat 5 waktu setiap hari bagi mengukuhkan iman dan sebagai tanda mereka akur adalah hamba kepada Allah Azza Wa Jalla. Di Amanz kami kerap memaparkan pemintaran objek harian bagi memperbaiki mutu kehidupan manusia. Hari ada objek pintar yang memperbaiki mutu ibadah manusia untuk hari akhirat pula.

i-Sajadah ialah sejadah pintar yang mengingatkan individu berapa rakaat solat yang telah dilakukan. Terdapat sistem LED pada tempat sujud yang menunjukkan berapa rakaat telah dilakukan. Ia mengesan jumlah rakaat yang telah dilakukan dengan meletakkan pengesan tekanan pada kawasan kaki dan tempat melabuhkan lutut. Sekiranya pengguna terlupa jumlah rakaat yang dilakukan, mereka hanya perlu mengangkat tapak kaki kanan ketika berdiri tegak. Sekiranya terlupa ketika duduk antara dua sujud pula mereka perlu mengangkat lutut kanan. Sistem lampu LED di atas kawasan sujud akan memaparkan jumlah rakaat yang telah dilakukan. Bagi pengguna OKU penglihatan, terdapat peranti boleh-pakai yang bergetar untuk memberitahu jumlah rakaat yang dilakukan.

I-sajadah

Selain memberitahu jumlah rakaat, terdapat juga sistem lampu LED untuk memberitahu jumlah sujud yang telah dilakukan.i-Sajadah dibangunkan oleh pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan mensasarkan golongan tua yang mudah lupa serta kanak-kanak yang baru mahu belajar solat. Adalah menarik melihat projek pemintaran objek kini dapat membantu umat Islam untuk menyempurnakan ibadah dan bukan hanya menumpukan keperluan duniawi.


TIPS & ULASAN