Mozilla Mencuba Fungsi Private Browsing Baru Yang Turut Mengelak Pemantauan Pelayaran Web Anda

Mozilla Mencuba Fungsi Private Browsing Baru Yang Turut Mengelak Pemantauan Pelayaran Web Anda

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Pada kebanyakkan pelayar web moden, terdapat fungsi Private Browsing dimana secara kasarnya ia membolehkan pengguna melayari web tanpa menyimpan sebarang data pelayaran di komputer pengguna. Kini, Mozilla turut dilihat menguji satu lagi sokongan baru pada fungsi Private Browsing yang membawa ia setapak lagi kehadapan.

Melalui apa yang diuji kini pada versi Firefox Aurora (saluran pembangunan Firefox), pada Private Browsing, Mozilla turut menghalang akses penghantaran data pelayaran anda kepada pemantau web. Sebagai contoh, mungkin terdapat sesetengah web yang menyertakan pemantauan dari segi statistik, tracker dan sebagainya.

Mozilla Private Browsing

Perkara ini sekaligus mungkin membuatkan beberapa elemen web dipaparkan dengan tidak begitu kemas, namun ia melindungi data pengguna daripada pemantauan – dan memberikan Private Browsing menyeluruh untuk pengguna.

Fungsi ini masih pada peringkat ujian dan pihak Mozilla ingin mendapatkan maklumbalas pengguna terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan pada saluran stabil.

Sebagai alternatif, jika anda inginkan untuk menambah fungsi mengelak pemantauan pada pelayar web anda, salah satu pemalam yang berguna adalah Privacy Badger.

Muat-Turun Firefox Aurora untuk desktop


TIPS & ULASAN