Samsung Memperkenalkan Telefon Lipat Di China Dengan Snapdragon 808

Samsung Memperkenalkan Telefon Lipat Di China Dengan Snapdragon 808

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Samsung mempunyai beberapa penawaran telefon pintar, dan sebahagian daripadanya dikhususkan untuk beberapa pasaran. Sebagai contoh adalah telefon lipat daripada mereka yang telah hadir dalam beberapa variasi sejak beberapa tahun lepas menggunakan Android, dan dikhususkan untuk pasaran China.

Samsung G9198

Samsung G9198

Terkini, mereka turut hadir dengan telefon pintar boleh lipat, dinamakan sebagai Samsung SM G-9198. Ia berasaskan kepada Android, dan membawakan rekaan yang elegen dengan dua skrin – pada bahagian luar dan dalam peranti.

Dari segi spesifikasi, Samsung G-9198 ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, memori 2GB RAM, kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan dua skrin Super AMOLED bersaiz 3.9-inci.

Samsung G9198

Samsung G9198

Secara kasar, dari segi rekaan. ia boleh dikatakan sangat kemas dan cantik. Jikalau mengikut sebelum-sebelum ini, Samsung tidak menawarkan peranti ini secara rasmi untuk pasaran Malaysia – tetapi tidak mustahil untuk kita melihat penjual diluar sana membawa masuk set tidak rasmi ke pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN