Asus Zenfone Selfie Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ogos Ini

Asus Zenfone Selfie Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ogos Ini

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Asus pada minggu lepas telah memperkenalkan tablet terbaru mereka, ZenPad, dan kini ia dilihat mereka turut sama dalam perancangan untuk melancarkan telefon pintar memfokuskan selfie mereka, iaitu Zenfone Selfie di Malaysia. Asus menjadualkan acara khas untuknya pada penghujung bulan ini – sekitar 30 Ogos 2015.

ASUS-ZenFone-Selfie

Asus Zenfone Selfie menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615, skrin bersaiz 5.5-inci IPS LCD FHD, dan kamera belakang 13-megapixel. Telefon pintar ini juga turut menyertakan kamera hadapan 13-megapixel untuk rakaman gambar selfie, yang turut dilengkapi dengan sokongan Flash LED.

Asus turut menyertakan beberapa mod rakaman gambar hadapan dalam menjadikan gambar selfie anda lebih cantik berbanding kebiasaan.

Bersempena dengan pelancaran Asus Zenfone Selfie ini juga, pihak Asus Malaysia mengadakan sebuah acara khas dinamakan sebagai Asus Cosplay Selfie dimana pemenangnya akan turut diumumkan ketika pelancaran Zenfone Selfie ini pada 30 Ogos kelak.


TIPS & ULASAN