WhatsApp Mula Memperkenalkan Fungsi Chat Backup Di Google Drive Kepada Semua Secara Berperingkat

WhatsApp Mula Memperkenalkan Fungsi Chat Backup Di Google Drive Kepada Semua Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Tidak lama sebelum ini, pihak WhatsApp telah menguji fungsi Chat Backup ke Google Drive pada versi pembangunan mereka, sebelum ia dihilangkan. Kini, fungsi tersebut hadir balik pada versi terkini WhatsApp untuk Android, dan pada masa yang sama pihak WhatsApp mengesahkan pengenalan fungsi ini.

WhatsApp Android

Menggunakan fungsi ini, pengguna boleh membuat salinan pendua chat mereka terus ke Google Drive – dan seterusnya mendapatkan kembali mesej berkenaan apabila anda membuat pemasangan kembali WhatsApp pada peranti lain. Ini membolehkan mesej anda tidak hilang, dan proses kembalikan semula mesej yang lebih pantas berbanding sebelum ini.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, pengguna perlu memuat-turun dan memasang WhatsApp untuk Android (versi paling terkini), dan seterusnya ia akan memaparkan notifikasi untuk menghubungkan akaun Google Drive dan pilihan masa untuk membuat salinan pendua.

Anda juga perlu memastikan terlebih dahulu yang mana akaun Google Drive anda mempunyai ruangan yang memadai sebelum proses backup dimulakan.

WhatsApp Google Drive

Muat-Turun WhatsApp untuk Android

Layari : WhatsApp FAQ : Google Drive Backup


TIPS & ULASAN