Carian
Xiaomi Mi4i Versi 32GB Akan Ditawarkan Pada Hari Selasa Ini Di Malaysia – Berharga RM899
August 17, 2015 Aman

Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi4i di Malaysia pada bulan Mei yang lepas – dan ketika itu hanya versi 16GB sahaja yang ditawarkan. Kini, selain versi 16GB, pihak Xiaomi dilihat akan mula menawarkan versi 32GB di Malaysia bermula Selasa ini – 18 Ogos.

Xiaomi Mi4i 32GB

Xiaomi Mi4i 32GB

Bagi yang terlupa akan mengenai Xiaomi Mi4i, ia merupakan salah satu telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, tetapi membawakan ciri-ciri seumpama peranti flagship.

Xiaomi Mi4i menggunakan rekaan berasaskan polikarbonat, dilengkapi dengan skrin 5-inci, serta kamera belakang 13-megapixel. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 615, selain memori 2GB RAM.

Pihak Xiaomi menyertakan sokongan dwi-SIM pada peranti ini, selain ia turut hadir dengan sokongn 4G LTE.

Beberapa ciri-ciri khusus yang turut disertakan adalah fungsi paparan Sunlight Display – dimana ia memaparkan skrin dengan jelas walaupun pada keadaan cahaya rendah.

Xiaomi Mi4i versi 32GB ini akan dijual melalui laman rasmi Mi.com bermula 18 Ogos ini. Harga jualannya masih tidak diumumkan oleh pihak Xiaomi buat masa ini, dan kami telah menghubungi mereka untuk mendapatkan info lanjut berkaitan dengannya.

Dikemaskini (12.30 tengah hari) : Xiaomi Mi 4i akan ditawarkan pada harga RM899 di Malaysia untuk versi 32GB.

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi4i

Xiaomi Mi4i

Komen