Cari @ Amanz

Bermula bulan hadapan sehingga penghujung tahun pemilik PlayStation 4 akan dihujani permainan berkualiti tinggi seperti MGS V, Fallout dan Star Wars Battlefront. Tahun ini memang tahun yang baik pagi penggemar permainan video. Seperti Metal Gear Solid V : TFPStar Wars Battlefront turut akan mempunyai PlayStation 4 edisi khas dengan rekaan Darth Vader.  Keseluruhan konsol dengan muatan dalaman 500 Gigabyte ini masih lagi berwarna hitam dengan wajah Darth Vader terpampang pada bahagian atas. Pengawal permainan turut diberikan sentuhan warna Darth Vader dengan butang berwarna merah dan biru seperti pada panel hadapan watak terkenal ini.

PlayStation-4-Star-Wars-1

Selain permainan Star Wars Battlefront edisi Deluxe, pembeli konsol edisi khas ini akan menerima permainan Super Star Wars, Star War s: Racer Revenge, Star Wars : Jedi Starfighter dan Star Wars Bounty Hunter yang boleh dimuat turun melalui PlayStation Network. Kesemua permainan klasik yang sebelum ini muncul pada Nintendo Super Famicon, PlayStation dan PlayStation 2 ini boleh dimainkan terus menggunakan PlayStation 4 lengkap dengan grafik diperbaharui serta sokongan Trophy.

Sebuah lagi edisi khas konsol Star Wars turut dihasilkan untuk permainan Disney Infinity Edisi 3.0. Di dalam pakej ini anda menerima permainan Disney Infinity Edisi 3.0, 3 figura aksi (Luke, Leia & Boba Fett) dan empat permainan Star Wars klasik seperti yang disertakan di dalam edisi khas Star Wars Battlefront. Tiada maklumat tentang harga jualan buat masa ini tetapi kedua-dua konsol edisi khas ini akan mula dijual 17 November hadapan. Semoga Force dan wang besar sentiasa bersama anda November ini.

PlayStation-4-Star-Wars-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd