Gambar Yang Dikatakan Sebagai LG Nexus 2015 Hadir Ke Arena Web
LG

Gambar Yang Dikatakan Sebagai LG Nexus 2015 Hadir Ke Arena Web

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kita telah melihat gambaran telefon pintar Huawei Nexus yang bakal diperkenalkan bersama-sama Android M kelak. Kini, selain daripada itu, sebuah gambar turut hadir ke arena web, dikatakan sebagai telefon pintar LG Nexus yang bakal diperkenalkan.

LG Nexus 2015

Mengikut desas-desus sebelum ini, LG Nexus 2015 ini dijangka bakal membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, selain turut menyertakan beberapa sokongan lain yang terkini – termasuk penggunaan port USB Type-C dan juga pengimbas cap jari.

Telefon pintar ini turut dijangka akan membawakan speaker pada bahagian hadapan. Google dijangka akan memperkenalkan LG Nexus dan Huawei Nexus ini sekitar September atau Oktober kelak.


TIPS & ULASAN