Aplikasi Fitbit Dilancarkan Untuk Pengguna Windows 10

Aplikasi Fitbit Dilancarkan Untuk Pengguna Windows 10

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Fitbit merupakan salah satu jenama memfokuskan kepada peranti kecergasan. Mereka telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya baru-baru ini, dan terkini, Fitbit turut melancarkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Windows 10.

Fitbit Windows 10

Fitbit Windows 10

Melalui aplikasi untuk Windows 10 ini, ia membolehkan pengguna menghubungkan Fitbit ke komputer atau peranti Windows 10, dan seterusnya mengakses data berkaitan mereka melaluinya – termasuk berkaitan langkah perjalanan yang telah dilalui, kalori yang dibakar dan sebagainya.

Pengguna juga turut boleh mengakses panel Challenges, melihat aktiviti kawan-kawan, serta membuat tetapan menggunakan aplikasi ini.

Secara kasarnya, aplikasi Fitbit untuk Windows 10 ini membawakan sokongan yang sama seperti pada peranti mudah-alih lain. Bagi anda yang menggunakan komputer dengan sokongan Bluetooth boleh memuat-turun aplikasi ini dan memantaunya terus daripada desktop anda.

Muat-Tuun Fitbit untuk Windows 10


TIPS & ULASAN