Cari @ Amanz

Kenderaan yang boleh memandu dengan sendiri sedang dibangunkan dengan pesat oleh beberapa syarikat. Google dan Apple adalah dua syarikat yang mahu menjadikan kenderaan panduan automatik sebuah realiti dalam masa yang terdekat. Di Volkswagen mereka mempunyai projek Automated Driving Applications & Technologies for Intelligent Vehicles (AdaptIVe) yang sudah diusahakan sejak 2014. Teknologi ini digunakan oleh mereka untuk menghasilkan kereta sorong bayi yang boleh memandu dengan sendiri.

Volkswagen-Stroller

Prototaip ini dihasilkan selepas menerima maklum balas dari pengguna Facebook. Ramai mahukan teknologi pemanduan automatik digunakan pada kereta sorong. Kereta sorong automatik ini bukan sahaja mampu memandu dengan sendiri tetapi boleh diprogram untuk bergerak pada jarak tertentu di belakang ibu bapa. Sistem autocruise yang digunakan pada Vokswagen Golf diubahsuai bagi membolehkan ia membrek dengan selamat apabila ada objek melintas secara tiba-tiba.

Kereta sorong pemanduan automatik ini hanyalah prototaip yang tidak akan dihasilkan secara komersial. Jika wujud sekalipun pasti harganya terlalu mahal untuk golongan kebanyakan. Tetapi sekurang-kurangnya idea terbukti boleh dilakukan sekiranya ada kemahuan.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd