Telekom Malaysia Ingin Memperlihatkan Unifi Baru Pada Minggu Ini

Telekom Malaysia Ingin Memperlihatkan Unifi Baru Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 17, 2015 oleh .

Telekom Malaysia merupakan penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia, dan sedia terkenal dengan penawaran internet berkelajuan tinggi mereka, UniFi. Ia masih tidak ditawarkan di sejumlah besar kawasan buat masa ini.

Beberapa bulan sebelum ini, pihak Telekom Malaysia telah memulakan pengenalan Unifi pada kelajuan 30Mbps dan juga Unifi 50Mbps – serta telah mula menawarkannya kepada pelanggan Unifi sedia ada seluruh negara.

UniFi baru

Kini, pihak Telekom Malaysia turut menjadualkan sebuah acara khas pada minggu ini untuk memperkenalkan Unifi “yang baru”. Daripada jemputan yang dihantar, Telekom Malaysia dilihat ingin memperkenalkan Unifi yang lebih pantas melaluinya kelak. Apakah yang bakal diumumkan masih kekal misteri lagi. Mungkinkah pihak Telekom Malaysia akan memperkenalkan pakej 100Mbps (memandangkan Maxis dan TIMEdotCom telah menawarkannya), ataupun mereka akan hadir dengan kemaskini penawaran untuk pakej sedia ada dan mengurangkan harga langganan? Ataupun mungkinkah mereka mempunyai suatu pengumuman lain yang mungkin mengejutkan ramai?

Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada pengumuman Telekom Malaysia ini yang dijadualkan berlaku pada hari Rabu ini, 19 Ogos 2015.


TIPS & ULASAN