Netflix Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

Netflix Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Ogos 18, 2015 oleh .

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna menonton siri televisyen dan juga filem kegemaran terus melalui aplikasi, web ataupun televisyen dengan sokongan internet. Ia ditawarkan pada suatu harga langganan, dan hadir dengan beberapa kandungan khusus yang diterbitkan khas bagi Netflix.

Terkini, mereka telah mengubah paparan notifikasi pada web mereka, mengatakan perkhidmatan mereka bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini, pihak Netflix memaparkan notifikasi mengatakan “Sorry, Netflix is not available in your country yet.” (“Maaf, Netflix tidak ditawarkan di negara anda.”), tetapi kini ia berubah mengatakan “We’ll be available in Malaysia soon.” (“Akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi”).

Netflix

Ia tidak diketahui lagi sama ada ia perubahan mesej generik sahaja, ataupun sebaliknya. Paparan URL yang khusus untuk Malaysia, selain penggunaan Netflix.my juga seperti memberikan petanda untuk pengenalan perkhidmatan ini yang akan hadir ke pasaran tempatan.

Buat masa ini, pengguna boleh mengakses Netflix dengan melanggan VPN untuk mengaksesnya. Sebagai alternatif lain, pengguna juga turut boleh mencuba perkhidmatan yang telah ditawarkan di Malaysia baru-baru ini dinamakan sebagai iFlix.


TIPS & ULASAN