(Ura-Ura) Samsung Bakal Hadir Dengan Siri Keluarga Peranti Galaxy O Tidak Lama Lagi

(Ura-Ura) Samsung Bakal Hadir Dengan Siri Keluarga Peranti Galaxy O Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 18, 2015 oleh .

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan siri keluarga peranti Galaxy A (dengan rekaan bingkai logam), Galaxy E, dan juga Galaxy J (peranti mampu-milik). Terkini, sebuah laporan baru hadir mengatakan Samsung bakal turut memperkenalkan siri keluarga baru dinamakan sebagai Galaxy O.

Samsung dikatakan sedang menguji dua telefon pintar dibawah keluarga Galaxy O ini. Spesifikasi dan tarikh pengenalannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Ia juga tidak diketahui lagi apakah perbezaan yang akan dibawakan oleh peranti Galaxy O ini, dan pasaran yang akan menjadi sasaran untuk keluarga peranti baru ini.

Mungkin Samsung menyasarkan untuk memudahkan lagi pengguna mengenal pasti penggunaan setiap versi keluarga peranti dengan penjenaamn yang lebih efektif ini.

Apa pun, mungkin kita akan hanya melihat ia diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi, memandangkan Samsung semestinya akan memfokuskan kepada Galaxy Note 5 yang telah diumumkan baru-baru ini untuk sebulan dua ini.


TIPS & ULASAN