Google Menangguhkan Telefon Modular Mereka – Project Ara Sehingga Tahun 2016

Google Menangguhkan Telefon Modular Mereka – Project Ara Sehingga Tahun 2016

Diterbitkan pada Ogos 18, 2015 oleh .

Pada awalnya, ramai yang menantikan untuk pengenalan telefon pintar pertama berasaskan modular daripada Project Ara pada tahun ini. Namun, ia tidak akan berlaku, dan Google mengatakan ia akan ditangguhkan sehingga tahun hadapan.

Project Ara Spiral 2

Project Ara telah dimulakan sebelum ini dengan konsep telefon modular – dimana pengguna boleh mengubah komponen mengikut kegemaran mereka, seumpama Lego atau bagaimana ia dilakukan ketika mengubah komponen pada desktop. Sebagai contoh, anda boleh menaik-taraf sensor kamera, atau memori atau cip pemprosesan pada telefon pintar dengan mudah.

Konsep ini hadir dengan tujuan untuk mengurangkan pembaziran komponen elektronik pada telefon pintar. Seperti semua sedia maklum, pada hari ini jika anda ingin menaik-taraf sesuatu perkara pada telefon pintar anda, anda perlu mengantikan keseluruhannya dan bukannya hanya komponen yang diinginkan anda.

Project Ara Spiral 2

Nasib berkenaan dengan Project Ara ditanya ramai sejak Google mengumumkan penstrukturan semula dibawah Alphabet. Kini, dengan pengumuman ini, mungkin ramai peminat Project Ara akan lega, dan menantikan tahun hadapan untuk pengenalan telefon pintar pertama mereka.


TIPS & ULASAN