Cari @ Amanz

Google mempunyai beberapa inisiatif dan projek yang menarik, dan hari ini mereka memperkenalkan salah satu projek terbaru mereka dinamakan sebagai Project Sunroof yang mana memfokuskan kepada tenaga solar.

Melalui Project Sunroof, ia membolehkan para pengguna membuat kiraan anggaran tenaga yang akan terkumpul daripada penggunaan panel solar pada bumbung rumah mereka. Untuk menjayakannya, Google menggunakan kiraan data melalui Google Maps, taburan cahaya dan seterusnya mempersembahkan ia kepada pengguna dalam bentuk mudah difahami.

Project Sunrise

Perkhidmatan ini seterusnya turut mencadangkan pengguna untuk beberapa penyedia panel solar berdekatan yang menawarkan pemasangan di kawasan rumah mereka.

Buat masa ini, Google hanya menawarkan perkhidmatan Priject Sunrise ini di beberapa kawasan di Amerika Syarikat sahaja. Google mengatakan mereka akan memperluaskan ia secara berperingkat di Amerika Syarikat, sebelum memperluaskannya ke negara-negara lain.

Secara kasar, ia memperlihatkan penggunaan data daripada Google Maps untuk pembangunan produk lain daripada Google – selain pada masa yang sama membolehkan mereka turut menjana pendapatan tambahan daripada Google Maps dalam kaedah yang tidak menganggu pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd