Google Kini Memudahkan Lagi Pengguna Menggunakan Hangouts Pada Web

Google Kini Memudahkan Lagi Pengguna Menggunakan Hangouts Pada Web

Diterbitkan pada Ogos 18, 2015 oleh .

Google sebelum ini telah menawarkan pemalam Chrome dan memudahkan pengguna mengakses Google Hangouts pada web melalui GMail. Kini, mereka turut menambah satu lagi kaedah mudah untuk mengaksesnya dengan memperkenalkan halaman yang didedikasikan untuknya.

Google Hangouts Web

Sebelum ini sendiri pengguna sedia boleh mengaksesnya menggunakan URL berkenaan, tetapi kini ia dikemaskini dengan rekaan yang lebih menyerlah, selain gambar latar yang sering berubah dengan harapan untuk memberikan inspirasi dan tidak membosankan pengguna.

Kemudahan mengakses melalui web ini bukan sahaja disediakan oleh Google untuk Hangouts, tetapi turut dilakukan oleh Facebook untuk perkhidmatan Messenger mereka. Perkhidmatan permesejan lain seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya turut menyediakan kemudahan untuk mengakses perkhidmatan mereka menggunakan web.

Layari : Google Hangouts


TIPS & ULASAN