Cari @ Amanz

Lenovo VIBE Shot Berharga RM1399 Di Malaysia – 100 Pembeli Terawal Menerima Moto 360

Oleh Aman

Link Copied!

Lenovo Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, memfokuskan kepada fotografi, dinamakan sebagai Lenovo Vibe Shot. Setiap pembelian untuknya hadir dengan aksesori Lenovo Selfie Flash, dan menariknya pihak Lenovo Malaysia turut menyediaakn kejutan menarik untuk 100 pembeli pertama.

Lenovo Vibe Shot

Lenovo Vibe Shot merupakan salah satu telefon pintar memfokuskan kepada fotografi, hadir dengan skrin 5-inci HD penuh, cip Snapdragon 615, memori 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Telefon pintar yang menjalankan Android 5.0 Lollipop ini hadir dengan kamera belakang 16-megapixel dengan fungsi Autofokus Infrared OIS, dan kamera hadapan 8-megapixel. Beberapa mod rakaman khusus turut disertakan pada telefon pintar dwi-SIM ini.

Apa yang menjadi minat ramai terhadap peranti ini adalah dimana pihak Lenovo turut menawarkan jam tangan pintar Moto 360 secara percuma untuk seratus pembeli pertama.

Lenovo Vibe Shot Malaysia

Pada harga jualan RM1399, dan penawaran Moto 360 secara percuma untuk seratus pembeli pertama, kita mungkin akan dapat melihat ramai berebut mendapatkannya pada hari ini. Pihak Lenovo turut menawarkan Lenovo Selfie Flash untuk semua pembeli Vibe Shot ini.

10.30pagi – Dikemaskini dengan maklumat pelancaran.


Komen ()