Cari @ Amanz

Xiaomi Redmi Note 2 mula dijual di China 16 Ogos yang lalu. Menurut Xioami pihak mereka berjaya menjual sebanyak 800 000 unit dalam masa 12 jam. Ini bersamaan dengan hampir 19 peranti terjual setiap saat. Kadar jualan Redmi Note 2 ini adalah amat menggalakkan. Sebagai perbandingan Apple berjaya menjual 7 iPhone 6 sesaat ketika musim perayaan Krismas tahun lalu.

Redmi Note 2

Xiaomi Redmi Note 2 ialah peranti dengan skrin 5.5″ FHD, pemproses 2 GHz lapan teras MediaTek Helio X10, RAM 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16/32 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Sungguhpun mempunyai spesifikasi yang agak baik ia dijual pada harga serendah RM502 di China. Dengan sambutan hangat di China kami menjangkakan ia mungkin akan turut mendapat sambutan hangat di Malaysia. Di Malaysia kami sedari pengguna lebih mementingkan harga mampu milik dari spesifikasi tinggi. Bagaimana pula dengan anda semua? Adakah mahu memiliki Redmi Note 2 apabila ia mula dijual di pasaran tempatan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd