Dotti – Lampu Notifikasi Peranti Gergasi

Dotti – Lampu Notifikasi Peranti Gergasi

Diterbitkan pada Ogos 18, 2015 oleh .

Dalam kesibukan bekerja kadang kala kita mungkin terlepas panggilan telefon. mesej WhatsApp dan emel.  Perkara ini serang berlaku kepada diri saya kerana terlalu menumpukan perhatian kepada skrin komputer ketika menulis. Untuk manusia yang kerap kali terlepas notifikasi pada peranti pintar, Dotti sebuah lampu notifikasi gergasi dihasilkan.

Dotti adalah lampu LED yang menyala setiap kali anda menerima notifikasi dari peranti pintar. Anda hanya perlu menambat Dotti kepada peranti menggunakan Bluetooth. Ikon yang dipaparkan pada Dotti boleh dimuat turun ataupun direka sendiri oleh anda sekiranya mahu. Selain menjadi lampu notifikasi anda turut boleh menggunakan lampu sebesar 6×6 sentimeter sebagai sebuah jam dan lampu yang mengikut rentak muzik yang dimainkan. Jika anda memerlukan lampu yang lebih besar, 4 unit Doti boleh disusun dan berfungsi sebagai satu unik lampu sebesar 12×12 sentimeter. Ia sesuai digunakan oleh peranti Android dan iOS. Harga jualan pula ialah $69.99.

Dotti-2


TIPS & ULASAN