Cari @ Amanz

Sony pada awal bulan ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru, iaitu Xperia C5 Ultra Dual yang memfokuskan kepada selfie, dan juga Xperia M5 Dual yang memfokuskan kepada penawaran ciri-ciri flaghsip pada harga yang lebih rendah.

Kini, selang beberapa minggu, pihak Sony Mobile Malaysia dilihat telah pun bersedia untuk pelancarannya di Malaysia dan bekerjasama dengan pihak 11Street untuk pelancaran peranti berkenaan. 11Street akan membuka pendaftaran minat untuk kedua-dua telefon ini bermula esok – 19 Ogos sehinggalah 31 Ogos ini. Penghantaran peranti ini kepada pengguna akan dilakukan dalam masa 7 hari selepas tarikh 31 Ogos 2015.

Sony Xperia C5 Ultra

Xperia C5 Ultra Dual merupakan telefon pintar memfokuskan kepada selfie, hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 1980×1080 pixel, cip pemprosesan MediaTek MTK6752 1.7Ghz, memori 2GB RAM, serta ruangan storan 16GB. Peranti ini hadir dengan kamera depan dan belakang 13-megapixel.

Untuk Xperia M5 Ultra Dual pula, ia membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip MediaTek Helio X10 2.0Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, serta bateri berkapasiti 2600mAh. Ia menyertakan kamera belakang 21.5-megapixel dan juga kamera hadapan 13-megapixel.

Sony Xperia M5

Kedua-dua peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM LTE, serta ketahanan bateri sehingga 2 hari lamanya. Xperia M5 Dual turut menyertakan sokongan kalis air dan debu bersama-sama dengannya.

Di Malaysia, Xperia C5 Ultra Dual akan dijual pada harga RM1399, sementara Xperia M5 Dual pula dijual pada harga RM1599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd