Cari @ Amanz

Opera Max merupakan salah satu aplikasi yang mengurangkan penggunaan data pada peranti mudah-alih dengan mengecilkan data melalui pelayan mereka tersendiri (compress data). Ia telah ditawarkan untuk pengguna tempatan sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini melalui kemaskini versi baru, pihak Opera menambah satu lagi ciri menarik.

Sebelum ini, mereka compress akan saiz web, teks dan juga gambar yang diakses – sama ada melalui pelayar web ataupun melalui aplikasi seperti Instagram, Twitter dan sebagainya.

Opera Max

Hari ini, pihak Opera turut menambah fungsi baru pada aplikasi Opera Max, dimana kini ia turut membawakan kepada penjimatan data ketika menggunakan YouTube pada peranti mudah-alih pengguna. Disamping itu, beberapa elemen antaramuka juga diubah untuk memudahkan lagi pengguna menggunakan aplikasi Opera Max ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd