Google Memperkenalkan OnHub – Router WiFi Pintar Dengan Rekaan Menarik, Serta Aplikasi Khusus

Google Memperkenalkan OnHub – Router WiFi Pintar Dengan Rekaan Menarik, Serta Aplikasi Khusus

Diterbitkan pada Ogos 19, 2015 oleh .

Google hari ini mengumumkan produk baru mereka hasil kerjasama dengan pihak TP-LINK, iaitu sebuah router WiFi pintar, yang mana turut boleh dikawal menggunakan aplikasi khusus untuknya. Google mengatakan router ini memfokuskan kepada memudahkan pengguna mengakses internet melalui WiFi tanpa sebarang tetapan yang sukar seperti beberapa router lain di pasaran.

Google OnHub

Google mengatakan router ini direkabentuk khusus untuk pengguna di rumah. Rekaan yang menarik untuk OnHub ini membolehkan anda meletakkan ia dimana-mana sahaja tanpa risau.

OnHub ini dikatakan akan memilih saluran pemancar yang baik untuk menawarkan akses paling pantas kepada pengguna. Ia turut menyertakan rekaan antena yang unik dan berbeza, selain perisian khusus yang membolehkan OnHub mengoptimasikan gelombang dan mengelakkan pelbagai gangguan.

Sebuah aplikasi khusus diamakan sebagai Google ON turut ditawarkan untuk Android dan iOS, dimana ia membolehkan pengguna melihat penggunaan jalur-lebar mereka, selain menyemak rangkaian dan melihat sebarang masalah yang dialami pada WiFi.

Buat masa ini, Google hanya menawarkan OnHub ini di Amerika Syarikat sahaja. Pada masa yang sama, Google turut mengatakan mereka akan turut memperkenalkan peranti OnHub lain tidak lama lagi, termasuk salah satunya daripada Asus.


TIPS & ULASAN