Cari @ Amanz

Intel Realsense merupakan salah satu teknologi yang telah diperkenalkan oleh Intel sebelum ini, malah turut hadir dengan sejumlah komputer Windows 10 baru-baru ini. Menggunakannya, ia hadir dengan rakaman tiga dimensi, sekaligus membawa ia kepada penggunaan pelbagai perkara menarik.

Sebelum ini, bersama-sama komputer Windows 10, mereka telah memperlihatkan penggunaan teknologi Windows Hello – dimana gambar wajah dirakamkan secara tiga-dimensi, sekaligus mengelakkan pencerobohan menggunakan gambar bercetak dan sebagainya berlaku.

Intel RealsenSe

Hari ini, pada Intel Developer Summit, pihak Intel turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa teknologi Intel Realsense ini kepada lebih banyak platform di pasaran. Selain daripada untuk Windows dan Android sahaja, Intel Realsense turut boleh digunakan oleh para pembangun pada Mac OS X, Linux, unity, OSVR dan sebagainya.

Pengumuman ini sekaligus membawa penggunaan Intel Realsense setapak kehadapan lagi, termasuk dalam arena permainan video dan juga dunia realiti-maya.

Intel RealSense

Disamping itu, Intel turut mengumumkan kerjasama dengan Google untuk Project Tango. Kedua-dua syarikat gergasi ini akan hadir dengan kit pembangun untuk Project Tanggo, dimana telefon pintar dengan sokongan RealSense bakal ditawarkan untuk pembangun. Intel sebelum ini telah memperlihatkan sokongan Intel RealSense pada telefon pintar, dan pengumuman ini terus memperlihatkan fokus Intel membawanya kepada peranti selain komputer. Intel dan Google akan menawarkan kit pembangun ini pada penghujung tahun ini.

Razer juga turut tidak melepaskan peluang, dan turut mengumumkan yang mana mereka bakal hadir dengan peranti Intel RealSense untuk komputer, membolehkan pengguna menambahnya sebagai aksesori untuk komputer mereka. Menggunakannya, beberapa permainan boleh dimainkan, selain turut menggunakan ia untuk beberapa tujuan lain. Berbeza dengan penawaran Project Tango, pihak Razer tidak mengumumkan bilakah mereka akan menawarkan aksesori mereka ini.

Intel RealSense Razer

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd