Cari @ Amanz

Terdapat beberapa jam tangan pintar berasaskan Android Wear di pasaran pada hari ini, dan bersempena dengan Intel Developer Forum yang diadakan hari ini, Fossil turut berkongsi pentas dengan pihak Intel dalam memperlihatkan jam tangan pintar Android Wear mereka.

Intel Fossil

Jam tangan pintar Android Wear daripada Fossil ini dijana menggunakan teknologi Intel, sekaligus memperlihatkan kebolehan penggunaan cip Intel untuk jam tangan pintar. Selain jam tangan pintar, mereka turut memperlihatkan gelang tangan pintar menggunakan teknologi Intel.

Tiada spesifikasi, mahupun harga dan tarikh pelancaran diumumkan. Namun, daripada pengumuman ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak peranti boleh-pakai berasaskan teknologi Intel yang mungkin hadir ke pasaran tidak lama lagi.

Disamping itu, Intel juga turut memperlihatkan IQ Bracelet, salah satu projek yang dibangunkan oleh Intel Labs sebagai projek konsep rujukan.

Intel IQ Bracelet

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd