Sony Xperia J1 Compact Dan Walkman Edisi Metal Gear Solid V Dilancarkan

Sony Xperia J1 Compact Dan Walkman Edisi Metal Gear Solid V Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 19, 2015 oleh .

Kehangatan Metal Gear Solid V : The Phantom Pain semakin dirasai. Tinggal 12 hari lagi sebelum permainan terakhir MGS oleh Hideo Kojima ini akan menemui peminat. Di Jepun tiga produk edisi khas bertemakan permainan ini dilancarkan. Pertama sekali ialah Sony Xperia J1 Compact dengan logo Outer Heaven pada panel belakang. Telefon ini turut mempunyai buku lukisan konsep edisi digital MGS V, nada dering, 2 lagu tema, dan koleksi gambar latar belakang eksklusif. Disamping itu setiap pembeli turut akan menerima vaucher bernilai Yen 1000 yang boleh digunakan untuk membeli barangan di dalam dunia MGS kelak. Sony Xperia J1 Compact MGS V ini dijual pada harga Yen 59800  (RM 1966).

Sony-Xperia-J1-Metal-Gear

Produk seterusnya ialah Sony Walkman NW-ZX2 danm NW-A16 dengan ukiran eksklusif pada panel hadapan dan belakang. Dua lagu tema dan gambar latar belakang ekslusif disertakan. Sony Walkman NW-ZX2 dijual pada harga Yen 140000 (RM 4600) manakala NW-A16 dijual pada harga Yen 28000 (RM920). Kesemua produk yang dihasilkan mensasarkan golongan otaku dan hanya akan dijual untuk pasaran Jepun.

Siony-Wallkman-Metal-Gear

 


TIPS & ULASAN