Cari @ Amanz

ClixsterClixster Mobile merupakan salah satu syarikat rangkaian telekomunikasi berasaskan MVNO yang telah beroperasi beberapa tahun yang lalu. Namun, mungkin persaingan sengit dalam arena telekomunikasi membuatkan mereka tidak dapat bersaing dengan aktif, dan kini mereka mengumumkan akan menamatkan talian Clixster.

Melalui perkongsian pada laman sosial rasmi mereka, Clixster mengatakan perkhidmatan mereka akan ditamatkan pada 2 September 2015 ini, dan pengguna perlulah menukar talian ke syarikat telekomunikasi lain sebelum tarikh tersebut.

Pengguna juga diminta untuk memastikan mempunyai tempoh sah kredit yang aktif sebelum melakukan penukaran. Walaubagaimanapun, pihak Clixster tidak berkongsi berkenaan apakah akan berlaku kepada kredit sedia ada yang terdapat pada akaun pengguna.

Kami telah cuba menghubungi pihak Clixster, tetapi setakat ini masih gagal mendapatkan sebarang maklum balas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd