Unity Sale Diumumkan – Menggabungkan Lazada, Uber, Zalora, Foodpanda, Happy Fresh

Unity Sale Diumumkan – Menggabungkan Lazada, Uber, Zalora, Foodpanda, Happy Fresh

Diterbitkan pada Ogos 19, 2015 oleh .

Pelbagai jenama dan perkhidmatan telah hadir dengan promosi bagi meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-58. Bagi membawakan keunikan dalam promosi ini, 5 jenama dan perkhidmatan yang popular di kalangan pengguna internet tempatan iaitu Lazada, Zalora, Uber, Foodpanda dan Happy Fresh telah berkolaborasi mengadakan Unity Sale.

Menerusi kolaborasi Unity Sales ini, kelima-lima jenama ini sepakat dalam memberikan kupon dan promosi yang menarik buat pengguna. Penawaran kupon dan promosi ini berbeza untuk setiap jenama dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut antara apa yang dikongsikan oleh mereka pada pengumuman tadi.

  • Uber bakal menawarkan diskaun RM58 untuk satu perjalanan
  • Happy Fresh menawarkan diskaun RM50 untuk pembelian barangan runcit dan penghantaran percuma untuk pelanggan baru. Diskaun 10% untuk pelanggan HappyFresh yang sedia ada.
  • Foodpanda menawarkan penghantaran percuma
  • Zalora menawarkan penghantaran percuma, aktiviti jualan tertentu mengikut jam, dan diskaun hingga 94%
  • Lazada menawarkan diskaun dan promosi yang boleh diperoleh pada masa tertentu, dan berbeza sama ada pembelian melalui laman web atau melalui aplikasi.

Kempen Unity Sale ini akan berlangsung pada 26 Ogos sehingga 1 September tahun ini. Dengan kolaborasi besar antara 5 jenama ini semestinya melestarikan transaksi atas talian dunia internet tempatan disamping memberikan kemudahan dan faedah buat pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN