Cari @ Amanz

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan WhatsApp Web untuk pengguna Android sejak beberapa bulan yang lepas, selain turut memperluaskan ia untuk beberapa platform lain. Terkini, hari ini ia didapati pihak WhatsApp turut telah menambah sokongan WhatsApp Web untuk pengguna iPhone.

WhatsApp Web

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda perlu memastikan menggunakan versi terkini WhatsApp, dan seterusnya membuka aplikasi tersebut, memilih Settings dan WhatsApp Web untuk mula menggunakan ia di web. Kemudian anda akan diminta untuk mengimbas kod QR di web WhatsApp – iaitu di URL web.whatsapp.com

Menggunakan WhatsApp Web, pengguna boleh membalas pelbagai mesej terus menggunakan komputer, selain turut memudahkan penghantaran gambar daripada komputer ke WhatsApp, serta mengakses buku alamat.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di iPhone, dan ingin menikmati kemudahan ini, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan mengakses WhatsApp Web. Seperti biasa, pihak WhatsApp memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat. Maka, jika anda tidak melihatnya pada iPhone anda hari ini, maka ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan untuk anda.

WhatsApp Web

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd