Cari @ Amanz

Kabel pengecasan peranti Android dan iOS adalah berbeza. Perbezaan kepala pengecas Mikro USB dan Lightning ini hanya akan selesai selepas kesemua pengeluar sebulat suara menggunakan USB-C sebagai piawai. Sementara menanti ini menjadi realiti dalam masa dua tahun anda mungkin boleh menggunakan kabel Remax Aurora 2 dalam 1 bagi mengurangkan keperluan membawa dua kabel berbeza untuk mengecas peranti Android dan iOS.

Remax-Aurora

Kepala kabel Remax Aurora mempunyai penyesuai yang mengubah Mikro USB menjadi sebuah kabel Lightning. Hanya perlu pasangkan sahaja. Sebagai pemilk peranti iOS dan Android yang terpaksa membawa pelbagai kabel ketika pulang beraya, kabel 2 dalam 1 seperti ini sangat perlu kami miliki. Ini mengurangkan kebarangkalian berlaku masalah tertinggal kabel dan peranti tidak boleh dicas ketika di luar rumah. Kabel Remax Aurora ini dijual pada harag $16 seutas. Harga yang mahal tetapi sekiranya anda mampu memiliki sebuah peranti Android dan iOS, anda pastinya mampu membeli kabel ini untuk memudahkan kehidupan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd