Pendulum – Aksesori Mengubah Apple Watch Menjadi Jam Poket Klasik

Pendulum – Aksesori Mengubah Apple Watch Menjadi Jam Poket Klasik

Diterbitkan pada Ogos 20, 2015 oleh .

Pengguna barangan Apple memang sudah disahkan mempunyai citarasa yang lebih tinggi dan kehadapan berbanding pengguna barangan lain. Mereka turut mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan dan tidak hairanlah peranti Apple mempunyai lebih banyak aksesori unik yang boleh dibeli. Pendulum ialah modifikasi kepada Apple Watch yang mengubahnya menjadi sebuah jam poket klasik dan buah rantai.

Pendulum-Apple-Watch--2

Aksesori Pendulum diperbuat daripada emas ataupun perak. Ia menggantikan tali pada Apple Watch dengan  pendakap untuk mengubahnya menjadi sebuah jam poket ataupun buah rantai. Pendulum memastikan jam pintar moden anda tidak kelihatan canggung digayakan dengan baju ala lelaki budiman seperti Wak Doyok. Kepada golongan wanita pula Pendulum mengubah jam pinta menjadi rantai bergaya.

Kepada yang merasakan memakai Apple Watch pada pergelangan tangan adalah terlalu arus perdana, Pendulum adalah jawapan kepada persoalan “bagaimanakah cara untuk kelihatan lebih hipster” anda. Kesemua aksesori dijual pada harga $100.

Pendulum-Apple-Watch--3

 


TIPS & ULASAN