Carian
MGM Membuat Pelaburan Strategik Pada Perkhidmatan Penstriman Video, iFlix
August 20, 2015 Aman

iFlix merupakan salah satu nama yang menjadi bualan ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan penawaran menarik daripada mereka pada harga langganan RM8 sebulan yang membolehkan pengguna mengakses sejumlah pilihan rancangan televisyen dan juga filem. Hari ini, pihak iFlix tuurt mengumumkan yang mana studio terkemuka dari Amerika Syarikat, MGM turut menyertai mereka.

Metro-Goldwyn-Mayer atau nama singkatnya MGM adalah salah satu studio popular, dimana mereka sebelum ini telah menerbitkan sejumlah filem, termasuk Casino Royale, Skyfall, 21 Jump Street, The Hobbit, RoboCop dan sebagainya.

Pihak iFlix tidak mengumumkan berapakah jumlah pelaburan yang dilakukan oleh MGM, tetapi mereka mengatakan melalui pelaburan strategik ini, kandungan MGM turut akan mula ditawarkan sebagai sebahagian daripada iFlix, membolehkan pengguna menonton drama dan filem keluaran mereka.

Kerjasama ini juga akan terus mengukuhkan kedudukan iFlix dalam arena penstriman filem dan drama di rantau ini.

iFlix buat masa ini hanya ditawarkan di Malaysia dan Filipina sahaja, dan menurut mereka, kini jumlah pelanggan yang melanggan perkhidmatan tersebut telah melangkaui angka 160,000 orang.

Komen