Selepas Gambar Kini Video Blackberry Venice Pula Tertiris

Selepas Gambar Kini Video Blackberry Venice Pula Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 20, 2015 oleh .

Adakah anda teruja dengan idea sebuah peranti Blackberry yang menggunakan sistem operasi Android? Ura-ura kewujudan peranti ini sudah bertiup kencang sejak beberapa bulan dengan tarikh pelancaran dikatakan sekitar bulan November. Pihak Blackberry and Android masih enggan memberikan sebarang komen. Mungkin mereka hanya akan mengaku selepas habis tempoh mengenal hati budi masing-masing. Sungguhpun begitu gambar yang dikatakan Blackberry Venice sudah beberapa kali tertiris.

Kini tiba giliran video pula menunjukkan papan kekunci, rekaan lensa dan mekanisma papan kekunci luncur Venice. Video ini ditiriskan oleh @Evleaks, Dari apa yang kami lihat ianya seperti sebuah Blackberry Torch 9800 yang muncul pada tahun 2010. Cuma kali ini dengan rekaan lebih bersegi dan kelihatan lebih menarik. Kepada peminat Blackberry adakah rekaan Venice ini mengujakan buat anda?

 


TIPS & ULASAN