Samsung Wireless Audio 360 R7 Dilancarkan Di Malaysia – Bunyi Berkualiti Tinggi Dari 360-darjah

Samsung Wireless Audio 360 R7 Dilancarkan Di Malaysia – Bunyi Berkualiti Tinggi Dari 360-darjah

Diterbitkan pada Ogos 20, 2015 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi produk baru dibawah portfolio audio mereka, iaitu Samsung Wireless Audio 360 R7. Ia membawakan rekaan yang unik dan menarik, dan ditujukan sebagai peranti audio untuk penggunaan di dalam rumah.

Samsung Wireless Audio 360 R7

Samsung Wireless Audio 360 R7 ini, seperti pada namanya membawakan penawaran audio tanpa-wayar, sekaligus membolehkan anda meletakkan ia pada sudut yang baik di rumah, atau mengantungkannya dari dinding. Pada masa yang sama, ia menawarkan penawaran audio 360-darjah, sekaligus membolehkan pengguna menikmati audio dengan lebih baik.

Samsung Wireless Audio 360 R7

Samsung mengatakan produk ini dibangunkan dan direkabentuk di Amerika Syarikat. Ia turut menawarkan fungsi pintar sepert membolehkan pengguna mengawalnya menggunakan aplikasi khusus, atau turut menggunakan peranti mudah-alih dan menghubungkan ia ke speaker ini, dan menikmati penawaran audio seperti Spotify, Deezer dan sebagainya.

Samsung Wireless Audio 360 R7 ini boleh didapati dalam pilihan warna putih di pasaran tempatan pada harga RM2199.


TIPS & ULASAN