LINE Memperkenalkan Aplikasi Untuk Berkongsi Lokasi – LINE Here

LINE Memperkenalkan Aplikasi Untuk Berkongsi Lokasi – LINE Here

Diterbitkan pada Ogos 20, 2015 oleh .

LINE hari ini memperkenalkan satu lagi aplikasi dibawah jenama mereka, iaitu LINE Here. Menggunakan aplikasi ini, LINE membolehkan pengguna berkongsi lokasi semasa dengan rakan-rakan.

LINE Here menjana sebuah pautan khusus untuk anda, dimana pengguna boleh menetapkan tempoh masa yang mereka ingin berkongsi sesuatu lokasi. Secara asasnya, ia menetapkan perkongsian lokasi tersebut untuk selama 1 hari. Kemaskini lokasi juga dilakukan secara masa-nyata, membolehkan anda mengetahui lokasi semasa rakan-rakan lain yang berkongsi dengan anda pada sesuatu masa.

LINE Here

LINE Here juga menjana sebuah bilik khusus, dimana seramai lebih kurang 200 pengguna boleh menyertainya dan berkongsi lokasi pada masa yang sama. Beberapa perkara boleh dilakukan menggunakan aplikasi ini, termasuk ketika anda membuat rombongan ke sesuatu lokasi dan ingin memantau lokasi semasa semua hadirin.

Buat masa ini, LINE Here hanya ditawarkan untuk iPhone dan Android sahaja, dan menariknya, untuk menggunakannya, selain mempunyai akaun LINE, anda juga boleh menggunakannya jika mempunyai akaun Facebook.

Muat-Turun LINE Here


TIPS & ULASAN