Honor 7i Dilancarkan – Mempunyai Kamera Boleh Lipat Dan Pengimbas Jari Pada Bahagian Sisi

Honor 7i Dilancarkan – Mempunyai Kamera Boleh Lipat Dan Pengimbas Jari Pada Bahagian Sisi

Diterbitkan pada Ogos 20, 2015 oleh .

Di pasaran sekarang tidak terdapat banyak peranti dengan kamera berputar. Hanya Oppo N1 dan N3 mempunyai sistem kamera seperti ini yang membolehkan kamera utama digunakan sebagai kamera hadapan. Kini Huawei turut menghasilkan peranti dengan kamera berputar. Honor 7i dilancarkan di China hari ini dengan kamera berputar sebesar 13 Megapixel.

honor-7i-2

Tidak seperti dua peranti Oppo yang kami katakan tadi, 7i mempunyai kamera yang berputar keatas sebanyak 180 darjah. Kamera dengan lensa f/2.0 ini turut dilengkapi flash dwi warna. Dari segi spesifikasi Honor 7i mempunyai skrin 5.2″ FHD, menggunakan pemproses Snapdragon 616 (1.5+1.2), RAM 2/3 Gigabyte dan muatan dalaman 16/32 Gigabyte. Satu lagi fungsi menarik 7i ialah pengimbas cap jari pada bahagian tepi dan bukannya di hadapan seperti peranti lain. Ia terletak pada sisi sebelah kiri peranti dan turut boleh berfungsi sebagai butang pengatup kamera. Saiz bateri adalah 3100 mAh dan menggunakan sistem operasi Android 5.1.

Versi 16 Gigabyte dengan RAM 2 Gigabyte dijual pada harga 1699 Yuan (RM 1098) manakala versi 32 Gigabyte dengan RAM 3 Gigabyte pula dijual pada harga 1899 Yuan (RM 1227)

honor-7i-3


TIPS & ULASAN