Microsoft Surface Pro 4 Dan Telefon Lumia Baru Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober

Microsoft Surface Pro 4 Dan Telefon Lumia Baru Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 20, 2015 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan Windows 10 pada bulan lepas untuk komputer, dan ramai juga menantikan pengenalan sistem operasi sama untuk telefon pintar. Terkini, mengikut desas-desus baru, Microsoft dikatakan akan menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Oktober kelak.

Melalui acara tersebut, Microsoft dijangka akan memperkenalkan dua telefon pintar Lumia baru, selain turut memperkenalkan Microsoft Surface Pro 4 dan juga gelang tangan pintar Microsoft Band 2.

Lumia 640

Telefon pintar Lumia baru telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dikatakan akan dikenali sebagai Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL. Kedua-duanya dijangka akan menggunakan spesifikasi terkini, selain turut dilengkapi dengan sokongan USB Type-C, serta menjadi peranti terawal yang ditawarkan di pasaran dengan Windows 10 Mobile terbina.

Sementara Surface Pro 4 pula dijangka akan membawakan kemaskini untuk Surface Pro 3, terutamanya dari segi spesifikasi, dan mungkin rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Surface 3

Pihak Microsoft masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan perkara ini buat masa ini. Microsoft turut dikatakan akan mengadakan sebuah acara ringkas di IFA 2015 yang dijadualkan pada bulan September ini memfokuskan kepada Windows 10.


TIPS & ULASAN