Kemaskini Baru WhatsApp Untuk Windows Phone Kini Menyertakan Pelbagai Fungsi Baru

Kemaskini Baru WhatsApp Untuk Windows Phone Kini Menyertakan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 oleh .

WhatsAppWhatsApp semalam telah memperkenalkan sokongan WhatsApp Web untuk semua platform, dan kini mereka turut memperkenalkan versi baru untuk WhatsApp yang membawakan pelbagai fungsi baru untuk pengguna Windows Phone.

Melalui versi 2.12.11.0 untuk Windows Phone, kini pengguna boleh menetapkan untuk penggunaan data yang lebih rendah ketika membuat panggilan WhatsApp Call, selain turut menetapkan nada dering yang berbeza untuk WhatsApp Call.

Disamping itu, kini pengguna turut boleh menetapkan sesuatu chat itu sebagai unread. Pengurusan untuk forward sesuatu mesej atau memadamkannya juga kini lebih mudah dan boleh dilakukan untuk beberapa mesej pada sesuatu masa.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp Messenger di Windows, anda boleh mengemaskini kepada versi baru dan menikmati fungsi baru yang dibawakan ini.

Muat-Turun WhatsApp Messenger untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN