Permainan Final Fantasy VII Diterbitkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Permainan Final Fantasy VII Diterbitkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan Final Fantasy, dan pada masa yang sama menggunakan peranti iOS, anda kini boleh mendapatkan permainan Final Fantasy VII dari AppStore, dan mula memainkannya pada peranti mudah-alih anda pada bila-bila masa.

Final Fantasy VII

Permainan popular daripada Square Enix ini merupakan permainan yang diubah kepada peranti mudah-alih berasaskan kepada permainan PC yang hadir sekitar tahun 1997 sebelum ini. Seperti biasa, ia membawakan bentuk permainan RPG, dan pengguna perlu bersaing dan beraksi dengan pelbagai musuh untuk menyelesaikan misi.

Pada versi untuk iOS ini, ia dioptimasikan untuk kawalan menggunakan skrin sentuh. Walaubagaimanapun, seperti beberapa permainan lain, Final Fantasy VII ini mempunyai beberapa spesifikasi khusus yang diperlukan – termasuk menggunakan iOS8 dan mempunyai sekurang-kurangnya ruangan sekitar 2GB untuk memuat-turunnya.

Final Fantasy VII untuk iOS ini ditawarkan pada harga $15.99 untuk pengguna di Malaysia.

Muat-Turun Final Fantasy VII untuk iOS


TIPS & ULASAN