Cari @ Amanz

Kerajaan Ingin Mengawal-Selia Internet Berasaskan Kepada Piawaian Antarabangsa

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini telah beberapa kali dikatakan berkenaan dengan kawalan internet oleh kerajaan, dan kini ia sekali lagi diperkatakan. Melalui sebuah acara yang diadakan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan kerajaan ingin mengimplementasikan piawaian antarabangsa dalam usaha memantau dan menyelia arena internet.

Macbook

Menurut beliau, kerajaan hanya akan memantau dan menyelia sahaja, dan tiada sebarang halangan akses akan dilakukan. Kawal-selia ini dikatakan diperlukan untuk mengurangkan penyebaran fitnah, penipuan dan sebagainya di arena internet.

Akhir-akhir ini, pelbagai kisah tidak begitu tepat dan fitnah mula tersebar dengan pantas membuatkan ramai yang terpedaya dengannya, dan kawalan ini dijangka akan mengurangkan perkara tersebut selain mengelak sesiapa sahaja menjadi mangsa fitnah.

Maklumat lanjut mengenainya masih tidak diumumkan buat masa ini. Perkara mengenai kawalan internet ini bukan sesuatu yang baru, malah Tun Mahathir juga turut pernah menyentuh mengenainya tidak lama sebelum ini.


Komen ()