Google Mengurangkan Keperluan Beberapa Aplikasi Terbina Pada Peranti Android

Google Mengurangkan Keperluan Beberapa Aplikasi Terbina Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 oleh .

Jika anda menggunakan telefon pintar Android, mungkin anda perasan yang mana ia hadir dengan pelbagai perkhidmatan dan aplikasi daripada Google secara terbina – walaupun sebahagian besar daripadanya tidak digunakan pengguna.

Melalui perubahan baru, Google dilihat mengubah pendirian mereka, dan memberikan kebebasan untuk pengeluar untuk tidak menyertakan beberapa daripadanya. Antara aplikasi yang kini tidak lagi perlu disertakan adalah Google+, Google Newsstand, Google Books dan juga Google Play Games.

Perubahan ini dilihat diterapkan oleh Google melalui perjanjian baru dengan pengeluar peranti. Untuk makluman, Samsung Galaxy Note 5 telah pun membawa perubahan tersebut, dimana ia tidak lagi menyertakan Google+ secara terbina pada peranti berkenaan.

Apa pun, bagi anda yang masih berminat dengan aplikasi berkenaan, masih mempunyai kebebasan untuk memuat-turunnya daripada Google Play Store. Perubahan ini daripada Google juga dilihat mungkin berkait rapat dalam usaha menawarkan peranti pada harga rendah melalui program Android One.


TIPS & ULASAN