Oppo Care Dilancarkan Di Malaysia – Pelan Perlindungan Peranti Oppo Bermula RM68

Oppo Care Dilancarkan Di Malaysia – Pelan Perlindungan Peranti Oppo Bermula RM68

Diterbitkan pada Ogos 21, 2015 oleh .

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan sebuah program baru mereka untuk pelanggan produk Oppo, dinamakan sebagai Oppo Care. Melalui Oppo Care, ia menawarkan pelan perlindungan seumpama insuran untuk produk-produk Oppo.

Oppo Care

Oppo Care merupakan perlindungan selama 12 bulan daripada Oppo untuk peranti mereka, dimana ia hadir dalam dua pilihan. Satu berharga RM68 dan ditujukan untuk peranti dibawah harga RM1200, sementara untuk peranti yang lebih daripada RM1200 ia berharga RM98.

Menurut Oppo Malaysia, Oppo Care ini menawarkan perlindungan untuk kerosakkan disebabkan air, atau kerosakkan disebabkan jatuh. Oppo Care akan menawarkan baik-pulih peranti secara percuma jika kos untuknya adalah kurang daripada 85% daripada harga peranti, sebaliknya jika lebih, pengguna perlu menanggung kos tambahan untuknya.

Semua pengguna Oppo boleh mendapatkan Oppo Care ini daripada kedai konsep Oppo seluruh negara bermula hari ini dengan pembelian peranti baru.

Oppo Care


TIPS & ULASAN