Cari @ Amanz

Arena dron semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan penggunaannya yang lebih meluas pada pelbagai industri. Ini turut membuatkan lebih ramai yang ingin menyertai arena dron, termasuk pengeluar cip peranti mudah-alih, Qualcomm.

Qualcomm dilihat ingin menyasarkan kepada pasaran pengguna umum dan memfokuskan kepada fotografi menggunakan dron.

Pada hari ini, dron menggunakan pelbagai jenis cip untuk tujuan fotografi, navigasi dan sebagainya – dan perkara tersebut dijangka dapat diselesaikan dengan menggunakan hanya satu cip daripada Qualcomm – sebagai contoh Snapdragon 800.

Dengan menggunakan hanya satu cip sahaja, pengeluar juga turut boleh mengurangkan harga jualan dron, sekaligus membolehkan lebih ramai mendapatkan dron di pasaran.

Qualcomm dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai penyertaan mereka dalam arena dron ini pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd