The Dating Skill – Jam Pintar Untuk Memikat Wanita Menggunakan Teknik Hipnosis

The Dating Skill – Jam Pintar Untuk Memikat Wanita Menggunakan Teknik Hipnosis

Diterbitkan pada Ogos 22, 2015 oleh .

Terdapat banyak jam pintar di pasaran dengan pelbagai kualiti. Ada yang mempunyai kualiti premium seperti Apple Watch. Tak ketinggalan juga yang hanya merupakan produk cetak rompak seperti Zeaplus Watch buatan China .  Asli ataupun tidak kesemuanya mempunyai fungsi biasa iaitu memberitahu waktu, mengesan nadi dan tahap kecerdasan pengguna. Kini ada sebuah jam tangan pintar yang mendakwa akan membuatkan anda lebih mudah memikat pasangan. The Dating Skills ialah jam tangan yang apabila dipakai akan membuatkan anda menjadi manusia yang sangat menarik. Apa yang unik ialah kesemua ini dilakukan dengan penggunaan teknologi hipnosis.

The-Dating-Skill-Watch-2

Sebagai contoh The Dating Skills mengeluarkan bunyi pada frekuensi 20Hz yang tidak didengari manusia tetapi akan mendatangkan kesan kepada otak. Menurut pereka lagi audio subliminal di bawah sedar ini akan membuatkan anda lebih yakin dan berani untuk bertemu wanita sekiranya anda lelaki. Jam dengan kapasiti 32 Gigabyte ini turut mempunyai pangkalan data pick up line yang terbaik untuk memulakan langkah menggoda wanita yang anda minati.

Antara spesifikasi lain jam tangan pintar ini ialah kamera terbina, menyokong radio FM, ketahanan bateri sehingga 7 hari dan paparan grafik comel seperti kucing untuk memudahkan lagi anda mengorat. Projek The Dating Skill ini sedang mencari dana di Indiegogo. Anda boleh memiliki projek jam pintar untuk memikat pasangan pertama di dunia ini dengan harga $149. Sungguhpun mempunyai pelbagai fungsi menarik projek ini masih belum disokong oleh sesiapanpun.

 


TIPS & ULASAN