Fuel 2 – Power Bank Terkecil Untuk Kegunaan Di Saat Genting

Fuel 2 – Power Bank Terkecil Untuk Kegunaan Di Saat Genting

Diterbitkan pada Ogos 22, 2015 oleh .

Seperti pemacu ibu jari, power bank dengan kapasiti besar kini dijual pada harga yang amat mampu milik berbanding hanya setahun yang lalu.. Power bank Xiaomi contohnya mempunyai harga per mAh paling murah di pasaran dan paling banyak kami lihat digunakan oleh pengguna di Malaysia. Tetapi power bank masih lagi murah dan memerlukan anda menyimpannya di dalam beg. Sekiranya tertinggal kesemua tenaga pengecasan yang tersimpan tidak berguna.

Fule-2-Power-Bank-1

Fuel 2 ialah power bank terkecil yang pernah kami temui. Ia mempunyai kapasiti hanya 400 mAh. Ia bukan dicipta untuk mengecas peranti anda sehingga penuh tetapi untuk memberikan pengecasan paling minimum untuk saat-saat genting. Menurut pengeluar Fuel 2 mampu memberikan kuasa sehingga 3 Jam untuk sebuah iPhone. Rekaannya menarik kerana kelihatan seperti tong petrol simpanan yang digunakan kenderaan tentera. Saiznya yang kecil dan hanya seberat 20 gram memudahkannya dijadikan anak kunci dan ini memastikan anda tidak mudah terlupa untuk membawanya keluar. Harga jualan adalah $19.99 untuk versi Mikro USB dan $29.99 untuk versi Lightning

Fule-2-Power-Bank-2


TIPS & ULASAN