Cari @ Amanz

Mozilla hari ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk memperkenalkan sebuah sokongan API baru untuk pemalam di Firefox, yang mana memudahkan lagi para pembangun dalam membangunkan pemalam dan aplikasi mereka untuk pelbagai pelayar web dengan mudah.

Pada hari ini, terdapat beberapa pemalam yang mempunyai penawaran untuk Firefox dan Chrome – membuatkan pembangun sukar untuk mengemaskini kedua-duanya pada waktu yang sama.

Menurut Mozilla, mereka ingin memudahkan lagi para pembangun dengan memperkenalkan WebExtensions API – untuk memudahkan para pembangun membangunkan pemalam dengan mudah. Melaluinya, Mozilla mengatakan pembangun boleh menjalankan pemalam yang dibangunkan menggunakn kod untuk Chrome, Opera atau mahupun Microsoft Edge untuk dijalankan di Firefox dengan sedikit perubahan sebagai WebExtension.

Mozilla telah menyertakan sokongan WebExtension (versi preview pada Firefox 42), dan mungkin kita akan dapat melihat para pembangun mula mengimplementasikan sokongannya pada pemalam mereka pada minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd